10 artis muda berentap dalam pertandingan realiti baharu 'Big Stage'

Posted on

Antara para artis dan mereka yang terlibat dalam pertandingan realiti baharu iaitu 'Big Stage'.

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti iaitu Big Stage yang menampilkan bakat muda seangkatan generasi alaf baharu. 

Seramai 10 bintang yang  kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang terdiri daripada lima peserta lelaki dan wanita bakal berentap di satu pentas yang sama. 

Barisan penyanyi terdiri daripada Ariff Bahran, Afieq Syazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain dan Tajul. 

Manakala peserta wanita pula iaitu Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie.

Menurut Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Harris, program realiti ini memberi kebebasan kepada penyanyi muda yang mempunyai bakat namun tidak berpeluang untuk ke peringkat lebih tinggi.

“Persada seni hiburan sedang mengalami perubahan yang ketara secara global. Percaya dengan istilah ‘tiada yang baharu tiada yang lama”, Astro menyambut baik perkembangan itu.

Alif  Satar (dari kiri) dan Sherry sebagai pengacara utama manakala Eyra Hazali dan Harris Annuar ialah pengacara program ‘Live Plus Big Stage’.

“Menerusi Big Stage, kami menyediakan platform kepada golongan BBNU yang memiliki daya juang tinggi untuk membawa karya mereka yang selama ini cuma dipertontonkan menerusi alam maya ke alam realiti sebenar.

“Program ini memberi mereka kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada mStar Online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *