100 negara bakal tayang ‘Wheely’, penerbit nafi cedok animasi ‘Cars’

Posted on

Penerbit Ekskeutif 'Wheely', Datuk Norman Abdul Halim memberitahu filem itu sudah pun mendapat tempatan di 100 buah negara.

KUALA LUMPUR: Belum pun ditayangkan, filem animasi tempatan terbitan Kartun Studios, Wheely sudah pun mendapat tempahan di 100 buah negara.

Penerbit Eksekutif filem itu, Datuk Norman Abdul Halim memberitahu, beliau menyifatkan ia petanda baik buat karya itu selain ia menunjukkan produk tempatan juga setanding dengan antarabangsa.

“Alhamdulillah belum pun ditayangkan tetapi 100 buah negara seperti China, Korea Selatan, Ecuador, Iceland, United Kingdom dan Amerika Syarikat sudah pun membuat tempahan untuk menayangkan filem ini.

“Tempahan dibuat pun hanya berdasarkan trailer dan ia sudah cukup membuatkan mereka berminat dengan filem ini.

“Ia satu kejayaan sebenarnya buat industri animasi tempatan selain ia bukti tenaga kerja dan produk Malaysia setanding dengan antarabangsa,” katanya.

Johan dan Zizan menyumbang suara untuk filem Wheely

Norman ditemui pada majlis tayangan perdana filem itu yang diadakan pada malam Rabu.

Wheely menampilkan suara Zizan Razak, Lisah Surihani dan Johan Raja Lawak. Ia bakal ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 16 Ogos ini sempena cuti persekolahan yang akan bermula dua hari kemudian.

Ia turut dialih bahasa ke bahasa Inggeris.

Filem animasi itu mengisahkan mengenai sebuah kereta bernama Wheely yang bangkit daripada kekalahan dalam perlumbaan kereta.

Sementara itu, Norman menyangkal dakwaan Wheely mencedok idea daripada filem terbitan Disney Pixar berjudul Cars.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *