20,000 produk halal, demo masakan Chef Zam antara tarikan Halfest Giant 2018

Posted on

Chef Zam

PETALING JAYA: Ekspo mega bertemakan beli-belah dan makanan iaitu Halfest Giant 2018 bakal menawarkan lebih 20,000 produk halal menerusi acara yang  akan bermula empat hari bermula 26 September ini.

Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MINES, Seri Kembangan, Selangor itu juga bakal diserikan dengan kehadiran chef selebriti popular, Professor Zamzani Abdul Wahab.

Dia yang lebih dikenali sebagai Chef Zam menyifatkan penganjuran berkenaan sebagai satu platform dalam mengembangkan industri Halal di negara ini.

“Acara ini menjadi platform penyatuan untuk pengusaha Halal berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Menerusi Halfest Giant 2018 juga, pengunjung dapat menyokong kempen “Beli Barangan Malaysia” yang dianjurkan oleh kerajaan kita,” ujar Chef Zam.

Selain pameran dan jualan, pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan chef selebriti itu.

Bukan itu sahaja, Chef Zam juga akan memberi tunjuk ajar dan membuat demonstrasi masakan di hadapan penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *