3 bulan lagi penutup 2018, Shahir masih cari tarikh kahwin Erra Fazira

Posted on

Shahir belum jumpa tarikh sesuai kahwin Erra dan berjanji tidak merahsiakan perkara itu. Foto: ART CHEN / The Star

PENYANYI Shahir Zawawi berjanji tidak akan merahsiakan kepada umum mengenai perkahwinannya dengan aktres Erra Fazira.

Menurut Shahir, 30, perkahwinan merupakan satu perkara baik yang tidak perlu disorok tambahan pula dia merupakan selebriti dikenali.

“Insya-Allah, jika kami kahwin nanti, saya tak sorok dan akan beritahu kepada semua.

ARTIKEL BERKAITAN: “Shahir datang beraya bukan merisik” – Erra Fazira

“Benda baik begini elok diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah kerana jika kita berahsia matlamat perkahwinan itu tidak sampai.

Shahir kini lebih terbuka mengenai hubungannya dengan Erra Fazira.

“Jadi, tak ada alasan nak sorok perkahwinan dan saya janji akan umum tentang hal itu apabila tiba waktunya,” katanya mStar Online.

Shahir ditemui pada majlis pelancaran restoran Teh Tarik Place cawangan kedua milik Cuisine Inspire Sdn Bhd bertempat di KIP Hotel, Sri Utara Business Park, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kebahagian Dalam Perpisahan ini pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Shahir hiburkan peminat di majlis pembukaan restoran Teh Tarik Place bertempat di KIP Hotel, Sri Utara Business Park, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 1 September.

Bagaimanapun, Shahir berkata dia masih belum membuat sebarang persiapan ke arah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *