8 tahun jadi anggota bomba bantu Hisyam Hamid dalam filem ‘Hero’

Posted on

Hisyam Hamid memegang watak sebagai Zafril dalam filem mengangkat tentang anggota bomba iaitu Hero.

PENGALAMAN selama lapan tahun sebagai anggota bomba di Singapura memberi kelebihan kepada pelakon Hisyam Hamid untuk digunakan bagi menjayakan wataknya dalam filem Hero.

Hisyam yang menggalas peranan utama filem itu memberitahu ia banyak membantu dia untuk berasa lebih selesa ketika di set penggambaran terutamanya pada babak yang memerlukan kemahiran teknikal sebagai anggota bomba.

“Terus terang saya katakan antara sebab saya terima tawaran filem ini kerana tugas sebagai ahli bomba itu sentiasa berada dekat di hati saya.

Hisyam bergandingan dengan Mark Adam.

“Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada saya kerana sudah biasa dengan peralatan dan cara tugas sebagai ahli bomba yang dapat membantu lakonan saya, katanya kepada mStar Online.

Hisyam ditemui ketika berada di lokasi penggambaran filem Hero yang diadakan di Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah di sini, Selasa lalu.

Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mark Adam, Bell Ngasri, Syafiq Farhain, Elisha Sandha, Tash Yong dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Sebuah filem aksi komedi, Hero mengangkat kisah mengenai anggota bomba dan ia dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.

Barisan pelakon filem Hero yang bakal menemui penonton tahun hadapan.

Dalam pada itu, Hisyam memberitahu dia juga senang bekerjasama dengan anggota bomba sebenar yang turut terlibat dengan filem ini kerana merasakan dia sebahagian daripada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *