8 tahun jadi anggota bomba bantu Hisyam Hamid dalam filem ‘Hero’

Posted on

“Bukan sahaja dengan pelakon lain berasa seronok tetapi anggota sebenar yang turut terlibat… Mungkin sebab saya pernah bekerja dalam bidang ini jadi kami ‘sekepala’.

“Ia juga banyak mengimbah memori ketika bertugas di Singapura dahulu, ujarnya.

Hisyam sedang bersiap sedia sebelum memulakan penggambaran.

Pernah membintangi drama bersiri Abang Bomba I Love You, Hisyam tidak melihat ia sebagai stereotaip kerana ia mengangkat genre berbeza.

“Kalau drama itu ia lebih kepada romantik tetapi Hero ia adalah sebuah filem aksi yang disuntik sedikit elemen komedi.

“Jadi kalau orang nak labelkan saya sebagai pelakon stereotaip itu tidak benar kerana ia adalah dua naskhah berbeza,” jelasnya.

Teruja dapat menggalas sebagai pelakon utama, Hisyam meletakkan harapan tinggi agat filem tersebut mendapat sambutan hebat penonton apabila ia ditayangkan kelak.

Tags / Kata Kunci: Hisyam Hamid , Hero

Mstar