9 bulan dapat anak kembar, Zizie Ezette hamil lagi!

Posted on

Zizie bersama anak-anak dan suami, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Aidilfitri lalu. Foto Instagram @zizieezette

PETALING JAYA: Pelakon Zizie Ezette mendedahkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.

Zizie, 39, memberi bayangan kandungannya sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain bagi mengumumkan berita gembira itu.

Zizie bersama anak kembarnya, Aadam dan Aaleph. 

“Gambar keempat akan mengejutkan anda! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant,” tulisnya di Instagram.

Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *