A. Aida tunai janji permintaan suami kekal berhijab

Posted on

Ariff Aziz dan A. Aida selamat disatukan sebagai suami-isteri pada malam Sabtu.

SUBANG JAYA: Produser Datuk A. Aida mengotakan janji terhadap suaminya, aktor Ariff Aziz yang mahu dia menutup aurat selepas mereka berkahwin.

A. Aida atau Zaidah Awang, 47, berkata, dia sudah pun mula mengenakan tudung penuh pada majlis pernikahannya pada malam Sabtu dan imej itu akan kekal.

“Mulai hari ini saya akan mengekalkan imej bertudung seperti mana diminta oleh suami sebelum ini.

“Walaupun hati saya masih belum sepenuhnya mahu bertudung tetapi apabila dia beritahu sama ada saya sanggup melihat dia menanggung dosa, hati saya terusik.

“Insya-Allah saya istiqomah dan doakan agar saya tetap iman dan teruskan menutup aurat,” ujarnya.

Pasangan pengantin bergambar bersama tiga anak A. Aida daripada perkahwinan terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida, Ariff Aziz bersatu dengan dua kali lafaz nikah

A. Aida dan Ariff atau Wan Izma Ariff Abd. Aziz, 29, sah bergelar suami-isteri dengan dua kali lafaz nikah pada majlis yang diadakan di Hotel Dorsett Grand di sini, malam Sabtu.

Pada majlis itu, Ariff menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada pengantin perempuan manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Mengulas mengenai majlis pernikahannya, A. Aida berkata, dia berasa seperti pengantin yang pertama kali berkahwin kerana sebelum ini dia tidak merasai suasana seperti itu.

“Saya puas hati dengan majlis ini kerana persiapan yang dilakukan begitu teliti dan saya rasa seperti kali pertama kahwin.

“Sebelum ini kahwin pun seperti kahwin ‘cowboy’! Tetapi apa yang paling penting, saya mengharapkan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *