Achey melawat kubur Yus Jambu benar-benar menyentuh hati

Posted on

Achey akui rindu Allahyarham Yus Jambu.

PELAWAK Achey mengambil kesempatan menziarah kubur rakan seperjuangannya Allahyarham Yus Jambu ketika berada di Perlis.

Achey yang memuat naik foto dan kapsyen untuk Allahyarham menyentuh hati netizen dan rakan-rakan artis yang turut meluahkan rasa rindu yang sama terhadap arwah.

“Sementara itu aku singgah… tetapi jika dihalusi persinggahan adalah tempat ku dan yang kekal adalah kamu.

“Lawatan ku mungkin tidak sehebat doa-doa mereka yang amat merindui dan menyayangi mu.

“Dan kami percaya jika dikumpulkan semua itu ianya pasti menjadi kiriman yang terbaik buat mu,” tulisnya pada Rabu.

Foto tersebut mendapat lebih 100,000 tanda suka dan 1,200 komen pengikutnya.

Rata-rata pengikut menyatakan rasa sebak dan menulis punch line yang sering digunakan pelawak berkenaan.

“Jangan hisap gam, apa pun tak boleh, nak tuju lagu antara ayat dia yang masih segar dalam ingatan,” ujar netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *