Adira kini ibu kepada sepasang cahaya mata

Posted on

Adira selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram pada pagi Ahad. Foto Instagram @adira.suhaimi

PENYANYI Adira Suhaimi selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor pada pukul 10.21 pagi, Ahad.

Menerusi Instagram miliknya, Adira berkongsi foto berkaitan kelahiran bayi lelaki seberat 3.8 kilogram itu.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Adira berkongsi berita gembira itu di Instagram.

Laman sosialnya turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikut yang teruja dengan kelahiran bayi tersebut.

“Alhamdulillah, tahniah Adira selamat semua, jaga diri ya,” tulis Bellesa.

“Semoga baby sihat… Adira jaga pantang ya, syukur dah dapat sepasang,” komen Suhaini pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *