Aeril Zafrel beri Mercedes, dibalas Vellfire oleh Wawa

Posted on

Wawa hadiahkan kereta kepada suaminya Aeril.

KALAU sebelum ini Aeril Zafrel pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz C200 kepada Wawa Zainal, kali ini isterinya itu pula membuat perkara yang sama 

Wawa, 27, memberikan hadiah Toyota Vellfire berwarna hitam kepada Aeril bagi membalas kejutan yang dibuat suami kepadanya itu.

“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.

“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang,” ujarnya.

Dalam pada itu Wawa turut berkata, tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan.

Wawa menerima hadiah kereta pada Jun lalu.

Dia turut bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada keluarganya.

“Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *