Aiman Tino bakal menjalani pembedahan buang tonsil

Posted on

Aiman mahu jalani pembedahan buang tonsil dengan segera.

PENYANYI Aiman Tino berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan membuang tonsil di bahagian tekaknya pada 10 November depan.

Aiman, 20, berkata dia mempunyai masalah tonsil bengkak itu semenjak enam bulan lalu namun tidak terfikir ianya akan menjadi serius.

“Saya ada pemeriksaan tonsil di tekak pada 10 November ini dan kemungkinan besar akan menjalani pembedahan buang tonsil waktu itu juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino terima rawatan akibat sakit dalam perut


Peminat Aiman, Diraf datang melawatnya di hospital.

“Sebenarnya sudah enam bulan juga saya alami tonsil bengkak tapi pada mulanya ingat tidak serius sebab selepas makan ubat jadi baik semula.

“Tapi selang beberapa hari, tonsil bengkak semula. Buat masa sekarang, tekak saya belum pulih sepenuhnya,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aiman telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta Rawang selepas mengalami demam panas disebabkan tonsil bengkak dan ususnya telah dijangkiti kuman pada Selasa lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *