Aishah ditawarkan gelang emas ganti permata palsu

Posted on

PENYANYI Aishah mendedahkan di sebalik kontroversi permata palsu diterimanya menerusi program Gegar Vaganza musim keempat, dua syarikat korporat tampil menawarkan hadiah gantian kepadanya.

Menurut Aishah, sebuah syarikat produk kecantikan ingin menghadiahkan seutas gelang emas manakala ada pihak turut menawarkan mata wang crypto sebanyak 10 Dinar Dirham Koin (DDK) bersamaan RM8,500.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu meluahkan rasa terharu dan terima kasih atas kesudiaan dua pihak berkenaan yang ingin memberi hadiah kepadanya namun dia mengambil keputusan menolak tawaran itu.

“Alhamdulillah ada yang prihatin pada kes I, terharu sangat di atas tawaran untuk menghadiahkan I, DDK tetapi I terpaksa menolak tawaran tersebut. Jutaan terima kasih sekali lagi di atas keperihatinan anda,” katanya menerusi status Instagram miliknya pada Jumaat.

Aishah mendedahkan ada pihak ingin menghadiahkannya seutas gelang tangan sebagai gantian.

Minggu lalu, Aishah membuat pendedahan dia masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjadi juara GV4.

Malah penyanyi itu turut mendakwa, barang kemas hadiah daripada usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 juga didapati palsu.

Dalam pada itu, menerusi posting berbeza, Aishah berkata, perjuangannya dalam membela haknya melebihi angka wang ringgit atau nilai sesuatu barangan.

Kata Aishah, apa dilakukan bukan semata-mata untuk kepentingan diri sebaliknya membela teman-teman artis lain agar tidak diperlekehkan seperti mana terjadi kepadanya.

“Terharu di atas kepekaan pihak ini tapi perjuangan I melebihi angka wang ringgit atau barangan bernilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *