Aishah tetap enggan minta maaf! Dah berlian palsu… ia tetap palsu

Posted on

Aishah tidak akan minta maaf kepada Vida.

PENYANYI Aishah menegaskan tiada sebab dia ingin meminta maaf kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman seperti yang dituntut wanita itu.

Aishah berkata, kenyataan berlian palsu tersebut dibuat selepas mendapat pengesahan daripada pakar gemologi.

“Tak ada sebab saya nak minta maaf kerana sememangnya barang kemas yang saya dapat adalah berlian palsu. Bukan lab diamond bukan mossainite swiss diamond tetapi Swarovski cubic zirconia.

“Mana mungkin saya tarik balik kenyataan berlian palsu itu sedangkan pakar gemologi telah pun mengesahkannya,” ujar Aishah kepada mStar Online pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkataan berlian palsu dijaja Aishah musnahkan semua bisnes Vida

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai bila nak tipu artis? Aishah beri Vida 1 minggu!


Aishah mengulas tentang tuntutan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) dalam sidang media yang diadakan pada Selasa.

Vida menuntut penyanyi Aishah supaya membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan ‘berlian palsu’ terhadap barang kemas tersebut.

Beliau berkata perkataan ‘berlian palsu’ itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya.

Dalam pada itu Aishah berkata, dia tidak akan menarik balik kenyataan itu berikutan ia merupakan perjuangan yang melibatkan maruah anak seni.

Katanya, program realiti Ggear Vaganza yang disertai itu bersifat menang-menang antara penaja dan artis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *