“Aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa, orang hutang aku ada” – Aiman Hakim jawab Fathia

Posted on

Aiman Hakim Ridza jawab tuduhan dilemparkan bekas kekasihnya, Fathia Latiff di Instagram.

PELAKON Aiman Hakim Ridza pada malam Khamis tampil menjelaskan dakwaan dibuat bekas teman wanitanya, Fathia Latiff berhubung dakwaan dia masih belum melangsaikan hutang dengan aktres itu.

Aiman menerusi InstaStory di Instagram menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak seperti didakwa.

Menerusi posting berbeza, Aiman tanpa menyebut nama sesiapa memberitahu ia sebenarnya adalah bisnes yang dikongsi dan seperti kebanyakan perniagaan lain ia ada keuntungan dan kerugian.

“Pertama sekali aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa sebaliknya orang hutang aku ada. Ini adalah bisnes. Ia adalah kongsi. Ada keuntungan dan kerugian. Fakta!,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia dakwa Aiman Hakim sekat panggilan selepas tuntut hutang


Aiman menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakinah tampil pertahankan Aiman Hakim, selar tindakan Fathia

Terdahulu, Fathia menerusi Instagram miliknya mendedahkan Aiman masih belum membayar hutangnya selain bertindak menyekat nombor telefonnya apabila dia meminta aktor itu membayar kembali wang tersebut.

Bagaimanapun Fathia tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada Aiman.

Menjawab tuduhan itu, Aiman memberitahu alasan dia menyekat nombor telefon Fathia adalah disebabkan aktres itu merepek dan menggunakan kata-kata kesat walaupun dia bercakap dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *