Aliff Syukri taja GV5! Astro tentukan syarat enggan terpalit kontroversi Vida

Posted on

Aliff Syukri penaja utama program Gegar Vaganza musim kelima. Foto Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

KUALA LUMPUR: Pihak Astro menetapkan syarat tertentu kepada penaja Gegar Vaganza musim kelima (GV5) agar tidak timbul sebarang isu seperti mana berlaku kepada juara terdahulu, Aishah.

Pengurus Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, kesemua penaja juga sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut dan sebarang isu tidak sepatutnya timbul.

“Pihak kami ada membuat perjanjian bertulis dan meletakkan syarat tertentu kepada pihak penaja agar isu dan kontroversi sebelum ini tidak berulang.

“Malah pihak penaja juga sedia maklum dengan syarat-syarat ini dan rasanya tidak akan menjadi apa-apa masalah,” katanya.

Raqim ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan 12 peserta GV5 yang diadakan pada petang Rabu.

GV5 bakal bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini bermula 30 September ini.

Inilah barisan 12 peserta program Gegar Vaganza musim kelima.

Ia juga akan disiarkan menerusi saluran Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebelum ini, Aishah membuat pendedahan dia masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjadi juara GV4.

Malah penyanyi itu turut mendakwa, barang kemas hadiah daripada usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 juga didapati palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *