Alvin Wong asalnya seorang pengotor

Posted on

Alvin mengidap penyakit OCD sejak usianya meningkat 30-an. Foto Instagram: @primeworks.studio.

PELAKON Alvin Wong mendedahkan dia mengidap penyakit gangguan mental iaitu Obsessive Compulsive Disorder (OCD) sejak menginjak usia 30-an.

Alvin, 44, berkata ketika zaman kanak-kanak dia tidak pernah kisah untuk bermain di tempat yang kotor.

“Saya mula jadi OCD sejak usia 30-an. Kalau ikutkan masa zaman kanak-kanak, saya seorang yang pengotor.

“Suka main dalam longkang, tangkap ikan dan macam-macam lagi. Tapi sejak usia dah meningkat ini, saya jadi pembersih.

“Tak boleh nak kotor-kotor. Mudah rasa geli dengan benda yang tak bersih,” kata Alvin kepada mStar Online.

Alvin ditemui ketika malam gala tayangan filem Pulang di GSC, Pavilion, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Pengarah Kabir Bhatia memberi arahan dalam salah satu babak antara Alvin dengan Puteri Aishah.

Alvin turut berkongsi pengalaman terpaksa bergelumang dalam air bertakung yang dipenuhi darah palsu serta mentega kacang ketika penggambaran filem Pulang pada dua tahun lalu.

Kata Alvin yang memegang watak sebagai Lum menerusi filem itu, babak tersebut merupakan cabaran besar buatnya.

“Antara babak yang mencabar dalam filem itu ketika saya dan Remy menyorok di sebalik timbunan mayat dalam sungai.

“Dua bahagian sungai disekat bagi memastikan air bertakung dan semua pelakon yang menjadi mayat disiram dengan darah palsu dan mentega kacang.

“Beberapa bahagian badan saya yang kononnya tercedera juga ditampal dengan mentega kacang dan darah palsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *