Anak Ahmad Dhani, Al Ghazali ditemui pengsan dalam kereta

Posted on

Al Ghazali ditemui pengsan dalam kereta. Foto : Detik News

ANAK kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali, dilaporkan pengsan dalam kereta di Condet, Jakarta Timur.

Menurut portal detik news, penyanyi lagu Bilang Dulu Pacarmu ini dikatakan dengan tiba-tiba menghentikan kenderaan yang dipandu di tepi jalan dan ditemui tidak bermaya.

Orang ramai yang berhampiran mengeluarkan Al dan menghulurkan bantuan kecemasan.

Pihak berkuasa melaporkan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Sebelum ini, ada yang mengaitkan kejadian itu disebabkan di bawah pengaruh alkohol.

“Kami belum dapat informasi penuh kerana masih belum membuat pemeriksaan yang sepatutnya,” kata Polis Daerah Metro Jaya Kombes, Argo Yuwono.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *