Anak-anak Edry sangkakan mereka ke Eropah bercuti

Posted on

Edry bersama keluarganya di hadapan rumah mereka di Manchaster, United Kingdom. Foto Instagram @edryabdhalim

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim memberitahu empat anaknya masih belum dapat menyesuaikan diri sejak mereka berhijrah ke Manchaster, United Kingdom hampir dua minggu lalu.

Edry, 41, berkata, mereka masih menyangka pemergian ke negara Eropah itu adalah untuk bercuti dan bukannya menetap untuk jangka tempoh yang panjang.

“Alhamdulillah perpindahan kami sekeluarga dipermudahkan di Manchaster namun setakat ini anak-anak masih cuba menyesuaikan diri kerana mereka menyangka kami sedang bercuti!

“Tambahan pula sekarang masih cuti musim panas… Jadi sesi persekolahan masih belum bermula.

“Insya-Allah ada masa sedikit ini saya mahu bawa mereka bercuti di sekitar Eropah terlebih dahulu sebelum mereka bersekolah,” katanya.

Edry sekeluarga berhijrah ke luar negara demi anak mereka, Emery.

Edry ditemui pada majlis tayangan perdana filem Wheely yang diadakan pada malam Rabu.

Anggota kumpulan KRU itu kembali ke ibu negara selama seminggu untuk menyiapkan rakaman bersama empat penyanyi sebelum kembali pulang ke Manchaster.

Sebelum ini Edry memberitahu dia bersama isteri, Milia Mohammed berserta empat anak mereka, Emil, Edylia, Emery dan Elya akan berhijrah ke luar negara.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan anak ketiganya, Emery yang merupakan anak autism mendapatkan pembelajaran terbaik.

Dalam pada itu, Edry memberitahu dia memilih untuk menetap di Manchaster kerana di sana terdapat sebuah sekolah khas untuk golongan autism.

Potrait keluarga Edry pada hari raya lalu.

Katanya lagi, di Manchaster juga terdapat pelbagai kemudahan untuk golongan itu termasuk pusat beli-belah dan panggung wayang khas untuk anak-anak autism.

“Sekolah untuk autism di Manchaster dan Liverpool antara yang terbaik di dunia dan sebab itu kami sekeluarga memilih untuk menetap di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *