"Anak-anak tak suka lihat saya di TV" – Cheryl Samad

Posted on

Cheryl tidak tahu mengapa anak-anaknya tidak suka melihat dirinya di kaca TV.

PENGACARA dan pelakon Cheryl Samad mendedahkan dua orang anaknya, Stella, 5, dan Kate, 2, tidak suka melihat dirinya di televisyen.

Cheryl, 38, berkata dia tidak tahu apa punca sebenar namun beranggapan mungkin mereka berasa hairan melihat ibu mereka di TV.

“Sebenarnya anak-anak saya tak suka tengok saya di televisyen. Saya dah tak mengacara dan berlakon sejak mereka dilahirkan.

“Tapi ada seketika itu, saya muncul di TV dan mereka terkejut dan tertanya-tanya kenapa saya ada dalam TV.

“Saya tak tahu kenapa. Mungkin bagi mereka, macam pelik sangat sebab itu tak berhenti tanya kenapa,” kata Cheryl kepada mStar Online.

Cheryl kini boleh kembali aktif dalam bidang lakonan memandangkan anak-anaknya sudah besar.

Cheryl ditemui ketika sidang media tiga buah drama bersiri The Bridge, Jibril dan Salon di Metal Bees Production House, Petaling Jaya baru-baru ini.

Bekas pengacara program Muzik-Muzik itu berkahwin dengan suaminya, Ng Ping Ho berkahwin pada 1 Mei 2011.

Dalam pada itu, Cheryl bakal membuat kemunculan semula menerusi drama bersiri The Bridge selepas 10 tahun menyepi dari bidang lakonan.

Menurut Cheryl, dia terpaksa menolak semua tawaran berlakon sepanjang waktu itu disebabkan tidak sampai hati untuk meninggalkan anak-anaknya masih kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *