Anak baru setahun, Ayu Raudhah hamil anak keempat

Posted on

Ayu dan Zaquan bakal timang anak keempat. Foto Instagram @ayuraudhah_7

PELAKON Ayu Raudhah mengumumkan bakal menerima cahaya mata keempat setelah disahkan hamil 19 minggu.

Isteri kepada pemain bola sepak Kuala Lumpur, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak ini berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram pada Rabu.

“Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk,” tulisnya.

Dalam muat naik tersebut, Ayu turut menyertakan tanda pagar yang turut mencuit hati netizen.

Perkongsian Ayu mengenai kehamilan di Instagram.

“Laura Zuleykha nak jadi kakak, suami nak anak ramai, Allah pun bagi,” tulisnya.

Rata-rata pengikut turut teruja dan mendoakan agar kandungan Ayu membesar dengan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *