Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz!

Posted on

Adam menganggap Arrian bukan tanggungjawabnya selepas bercerai dan dia hanya menjaga anak perempuannya sahaja.

PELAKON Adam Shahz tidak mahu mengambil tahu mengenai anak lelaki bekas isterinya, Fatin Afeefa kerana beranggapan kanak-kanak itu bukan darah dagingnya.

Adam berkata hubungannya dengan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian, 6, itu hanya ketika mereka masih lagi suami dan isteri.

Bagi Adam, selepas perceraian tanggungjawab dia terhadap anak perempuannya, Ivy Herra Sophia yang kini berusia tiga tahun sahaja.

“Saya ada kaitan dengan dia dan anaknya sebelum perceraian sahaja. Selepas itu, bagi saya tak ada apa-apa dan saya tak nak ambil tahu.

“Anak perempuan saya selalu ambil untuk jaga dan memang anak saya seorang itu sahaja. Yang bukan hak saya, buat apa saya nak jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada apa perlu disedihkan – Adam Shahz


Fatin mendedahkan anak sulungnya adalah hasil daripada perkahwinan pertama.

“Bagi saya, yang bukan hak, kita kembalikan semula hak tersebut,” kata Adam kepada mStar Online.

Adam ditemui ketika malam tayangan filem Kalla: Hidup Atau Mati di GSC Signature The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pelakon Juvana ini diminta mengulas mengenai kenyataan Fatin yang mendedahkan Arrian adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama pelakon wanita itu.

Fatin mendedahkan perkara tersebut selepas netizen mempersoalkan usia Arrian tidak sama dengan tahun perkahwinannya dengan Adam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *