Anak sulung pelawak Chot meninggal dunia akibat sakit jantung

Posted on

Anak Chot meninggal dunia akibat masalah pada jantung. Foto Instagram: @chotxoxo

ANAK kepada pelawak Hazmeer Hassan atau lebih dikenali Chot menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi tadi.

Menurut Chot yang juga merupakan ahli kumpulan XOXO, bayi sulungnya Muhd Sher Harraz, meninggal dunia disebabkan masalah injap jantung terbalik pada usia empat bulan.

“Dukacita nak maklum anakanda kami Muhd Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi dan jenazah akan dikebumikan di Felcra Ramuan Cina, Lubuk Cina, Melaka sebelum atau selepas Asar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Hazmeer perlu RM18,000 rawatan jantung anak

“Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Harraz. Nyata Allah lebih sayang padanya,” kata Chot.

Perkongsian Chot di Instagram.

Penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya pada pagi Isnin.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online, Chot memberitahu bayi lelakinya itu berdepan masalah jantung sejak dilahirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *