Angelina Jolie halang Brad Pitt berhubung dengan anak-anak

Posted on

Angelina tidak membenarkan Brad berjumpa anak-anak mereka.

PELAKON Angelina Jolie dilaporkan tidak membenarkan bekas suaminya, Brad Pitt berhubung dengan anak-anak mereka.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, peguam kepada Angelina iaitu Laura Wasser mahu menutup kes tersebut disebabkan perkara itu telah mengundang perhatian para peminat mereka di seluruh dunia.

“Angelina akan cuba menghalang Brad dari berhubung dengan anak-anak mereka, Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox dan Vivienne.

“Tindakan yang dibuat Angelina itu boleh dianggap merepek dan keterlaluan, mungkin disebabkan keputusannya dipengaruhi oleh perasaan marah terhadap bekas suaminya itu,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, tular berita mengenai kisah hak penjagaan anak selepas penceraian pasangan pelakon popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *