Anis Al-Idrus harap pembunuh kucing bunting dapat balasan

Posted on

Anis harap dua pembunuh kucing itu mendapat balasan yang setimpal.

BERITA mengenai dua lelaki membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering di kedai dobi di Taman Gombak Ria pada Rabu lalu mendapat perhatian umum yang kesal dengan sikap kejam itu.

Penyanyi dan pengacara Anis Al-Idrus turut meluahkan rasa marah terhadap tindakan dua individu tersebut yang dianggap zalim.

Menurut Anis, dia berharap pembunuh kejam itu mendapat balasan di dunia setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap kucing tersebut.

“Tak sanggup nak post gambar kucing yang kena bunuh dengan diletakkan dalam mesin pengering.

Anis berang dengan tindakan kejam dua lelaki bunuh kucing.

“Tapi saya harap dua ekor jaha*** (pesalah) tu dapat balasan di dunia ni yang setimpal dengan apa kucing tu rasa.

“Kalau aku jumpa kau pun meh sini aku letak dalam mesin pengering. Biar kau rasa,” kata Anis menerusi Instastory miliknya.

Kejadian itu berlaku pada 12.30 tengah malam berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) kedai dobi tersebut dan turut dikongsi Persatuan Haiwan Malaysia.

Menerusi video berdurasi selama dua minit 50 saat itu memperlihatkan dua individu memasukkan kucing yang dipercayai bunting ke dalam mesin pengering.

Bangkai kucing tersebut ditemui seorang pelanggan dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan berlumuran darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *