Anis Al-Idrus harap pembunuh kucing bunting dapat balasan

Posted on

Video yang memperlihatkan dua lelaki menyumbat seorang kucing dalam mesin pengering mendapat kecaman netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Guna ini memberitahu dia tidak boleh melihat orang yang bertindak kejam pada kucing.

“Haih apa punya manusia. orang yang bagi makan kat kucing kat atas jalan tar masa matahari tengah memancar pun aku boleh gaduh.

“Inikan pula yang macam ni. Jiran aku yang bergaduh fasal stray cats pun aku boleh ajak bertumbuk, yang ni tak ada hal lah!” katanya.

Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid meluahkan rasa sedih dan juga marah terhadap tindakan dua lelaki terbabit.

Menurutnya, pelaku yang tidak bertanggungjawab itu turut disifatkan mempunyai masalah mental sekali gus wajar menerima khidmat kaunseling.

Tags / Kata Kunci: Anis Al-Idrus

Mstar