"Anita Sarawak mahukan kehidupan seperti orang biasa" – Noorkumalasari

Posted on

Anita dan Mahathir ada menghubungi kakak Noorkumalasari.

PUTRAJAYA: Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Noorkumalasari memberitahu kakak tirinya iaitu Anita Sarawak mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Noorkumalasari, 62, berkata walaupun Anita tidak menghubunginya namun dia masih mengetahui tentang keadaan penghibur bertaraf superstar itu melalui adik-beradik yang lain.

“Sebenarnya Anita mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Dia tidak mahu lagi hidup sebagai orang yang dikenali.

“Saya tahu keadaan dia pun daripada kakak saya. Dia tak hubungi saya sebab tahu media akan mencari dan bertanya tentangnya pada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkumalasari Akan Berlakon Jika Waktu Solat Tidak Diganggu


Noorkumalasari dedah Anita mahu jalani kehidupan seperti orang biasa.

“Abang Mahathir beritahu mereka menjalankan perniagaan hartanah, jadi selalu berpindah randah di sekitar Amerika Syarikat,” katanya kepada mStar Online.

Noorkumalasari ditemui di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Pelakon yang pernah terkenal dengan filem-filem seperti Adik Manja, Esok Untuk Siapa dan Mira Edora ini menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada malam itu.

Dalam pada itu, Noorkumalasari meminta semua pihak tidak mempercayai berita tentang perkembangan terbaharu Anita Sarawak.

Tegas Noorkumalasari, semua berita mengenai Anita, 66, kini mengidap penyanyi kanser dan rumah tangganya sudah berakhir itu tidak benar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *