‘Anta Permana’ usaha Siti Nurhaliza kembalikan perkataan Melayu klasik

Posted on

Single terbaharu daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudl Anta Permana dilancarkan pada Jumaat.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali dengan single terbaharunya berjudul Anta Permana pada Jumaat hasil ciptaan dua komposer muda, Hael Husaini dan Ezra Kong.

Siti menerusi kenyataan kepada mStar memberitahu Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti.

Jelasnya penyanyi berusia 39 tahun ini, pemilihan judul lagu ini selain maknanya bertepatan lirik, beliau ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan dalam kalangan generasi muda.

“Ia mengisahkah cinta sejati yang tiada bandingannya dan pemilihan judul lagu ini selain maknanya bertepatan lirik, saya ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan.

Anta Permana hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

“Saya menaruh harapan yang tinggi dengan kemunculan single terbaru ini dan berharap agar para peminat muzik tempatan akan menyukainya.

Mengimbau idea kolaborasi itu, Siti berkata, Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya pada Februari lalu sebelum tertarik dengan demo yang dihantar kepadanya pada Mei lalu.

“Saya tertarik dengan lagu ciptaan Hael dan Ezra ini sewaktu pertama kali mendengarnya. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju merakamkan lagu itu kerana yakin dengan bakat dimiliki oleh dua komposer muda ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *