Anuar Zain kongsi foto zaman kanak-kanak, buka akaun Instagram

Posted on

Anuar Zain kini miliki akauan peribadi Instagram.

PENYANYI popular Anuar Zain akhirnya membuka akaun peribadi Instagramnya @anuarzain70 pada Rabu lalu.

Anuar, 48, yang memuat naik sebanyak 13 foto dan video terbaharunya itu kini sudah mempunyai seramai lebih 8,000 pengikut.

Penyanyi lagu Sedetik Lebih ini berkongsi foto pertama ketika zaman kanak-kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Anuar Zain Akhirnya Miliki Akaun Instagram

Akaun Anuar Zain dibuka pada Rabu lalu.

“Akhirnya… foto pertama saya! Hello semua!” tulisnya.

Selain itu, Anuar turut memuat naik foto-foto percutiannya di beberapa negara, Hari Raya Aidilfitiri dan sambutan hari lahir ahli keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *