Ara minta Ismail Izzani bersabar, Haqiem ada dibelakangnya

Posted on

Ara dan Haqiem menyatakan sokongan kepada Ismail Izzani.

KONTROVERSI foto memperlihatkan penyanyi Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie seakan-akan berpeluk turut mengundang simpati rakan selebriti.

Antaranya ialah Ara Johari dan Haqiem Rusli yang meluahkan rasa kasihan dan mengharapkan penyanyi remaja tersebut bersabar dan kuat berdepan kontroversi itu.

Menurut Ara, dia terkejut apabila mengetahui mengenainya di laman sosial pada malam Jumaat lalu.

Penyanyi lagu Bunga ini berkata dia ada menghubungi Ismail dan memintanya bersabar menghadapi ujian itu.

“Saya terkejut bila dapat tahu tentang gambar yang viral itu dan memberikannya nasihat serta sokongan melalui panggilan telefon.

“Saya memang rapat dengan Ismail tapi tak pernah campur urusan peribadinya, dengan siapa dia berkawan dan sebagainya.

Ara merupakan teman rapat Ismail Izzani.

“Cuma saya minta dia banyakkan bersabar dan anggap itu sebagai ujian… benda pun dah jadi, tak boleh nak buat apa-apa,” katanya kepada mStar Online.

Ara ditemui pada majlis pelancaran restoran Teh Tarik Place @ KIP Hotel, Batu Caves, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *