Ardell Aryana pilih berdiam diri, enggan peminat sedih

Posted on

Ardell memilih untuk berdiam diri kerana bimbang peminat sedih dengan keadaannya.

PELAKON Ardell Aryana masih tetap dengan pendiriannya yang enggan memberi sebarang kenyataan mengenai keadaan kesihatanya ketika ini.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berkata dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu membuatkan peminatnya bertambah sedih atau berasa sebaliknya.

“Kalau saya berikan kenyataan, mungkin kenyataan saya boleh buat peminat lagi berduka atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell mohon maaf… semakin kurang bercakap


Ardell berterima kasih pada peminat yang mendoakan dan memberi kata semangat padanya.

“Jadi saya pilih untuk berdiam sahaja,” kata Ardell ketika dihubungi mStar Online.

Sebelum ini, pelakon wanita ini telah menimbulkan spekulasi apabila dikhabarkan sedang menghidap kanser tahap tiga namun tidak jelas apakah penyakit sebenarnya.

Kebanyakkan status yang dimuat naik di laman sosial Ardell sejak beberapa bulan lalu turut seakan-akan menggambarkan keadaannya kini dan menguatkan lagi andaian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *