Ashraf Muslim teringin jadi OKU

Posted on

Ashraf mahu melakonkan watak seperti orang pekak, buta atau autisme. Foto: SHAARI CHEMAT. .

KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim teringin melakonkan watak sebagai orang kurang upaya (OKU) dalam usaha mempelbagaikan peranan dalam lakonannya.

Ashraf, 36, berkata dia suka watak yang lebih mencabar dari segi perbuatan dan bukan menjadi diri sebenar.

“Saya teringin sangat nak bawa watak sebagai orang cacat sebab tak pernah lagi dapat watak sebegitu.

“Mungkin watak orang yang mempunyai masalah pendengar atau buta dan autisme. Sebab watak itu bukan diri kita sebenar.

Ashraf ingin watak yang lebih mencabar.

“Lagi mencabar sebab perlu menjiwai dari segi perbuatan,” kata Ashraf kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu isteri keduanya, Wan Sakinah dijangka bersalin anak keempat pada September depan.

Menurut Ashraf, dia sudah mengetahui jantina bayinya namun mahu merahsiakan sehingga dilahirkan.

“Alhamdulillah kandungan isteri dalam keadaan baik dan tunggu masa sahaja. Insya-Allah dijangka bersalin bulan September depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *