Ashton Kutcher serah rumah kepada bekas anak tiri

Posted on

Ashton Kutcher menyerahkan hak pemilikan sebuah rumah bernilai AS$1 juta kepada bekas anak tirinya, Rumer Willis.

PELAKON Ashton Kutcher dilaporkan menyerahkan pemilikan penuh sebuah rumah di Los Angeles kepada bekas anak tirinya, Rumer Willis.

People melaporkan Ashton membeli kediaman seluas 1,800 kaki persegi itu pada 2009 dengan harga hampir AS$1 juta (RM4 juta) yang turut meletakkan nama Rumer sebagai pemilik bersama.

Dalam pada itu, Ashton menyerahkan hak pemilikan rumah itu selepas Rumer memfailkan dokumen yang mengatakan hak pemilikan bersama rumah itu telah tamat selain hutang dan perkara berkaitan rumah itu sudah pun selesai.

Rumer adalah anak kepada bekas isterinya, Demi Moore dengan bekas suami aktor Bruce Willis.

Ashton, 40, dan Demi, 58, bercerai pada November 2013 selepas hanya lapan tahun berkahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *