Ayda Jebat tak perlu bersentuhan

Posted on

Ayda sebolehnya mengelak untuk melakukan babak bersentuhan mesra yang melampau.

PELAKON dan penyanyi Ayda Jebat sebolehnya akan mengelak untuk melakonkan babak bersentuhan yang melampau.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 26, berkata dia tahu penonton sudah bijak untuk menilai babak mesra tanpa perlu berpelukan atau berpegangan tangan.

Menurut Ayda, drama terbaharu lakonannya, Cinta Bukan Kristal antara karya kurang babak bersentuhan antara dia dan hero utama iaitu Sharnaaz Ahmad.

“Untuk drama terbaharu lakonan saya dan Sharnaaz, saya guna pendekatan untuk kurangkan bersentuhan.

“Tak ada langsung babak peluk atau bersentuhan tapi boleh dikatakan saya boleh kira berapa kali sahaja saya pegang tangan Sharnaaz dalam drama itu.

Drama Cinta Bukan Kristal gandingan Ayda, Sharnaaz dan Nina Iskandar.

“Penonton zaman sekarang ini dah bijak. Walaupun tak pegang, mereka dapat rasa dan tahu ia bermaksud sayang,” kata Ayda kepada mStar Online.

Drama bersiri itu sudah ditayangkan pada Rabu lalu menerusi saluran Akasia TV3 pukul 7 malam.

Tambah pelakon drama bersiri Dekatkan Jarak Kita ini, ada babak yang masih memerlukan sentuhan namun ada cara yang lebih baik.

“Kita kena ajar penonton ada babak perlu bersentuhan dan ada yang tak perlu. Bagi saya, mana yang perlu kita buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *