Azhan Rani perlu berhenti bawa watak ustaz

Posted on

Azhan bimbang peminat mula bosan melihat dia melakonkan watak yang sama.

PELAKON Azhan Rani berkata dia perlu berhenti mengambil tawaran berlakon watak sebagai ustaz buat sementara waktu.

Menurut Azhan, 42, dia bimbang sekiranya ada peminat mula menyampah melihat watak yang sama dalam setiap lakonannya.

“Mungkin selepas ini saya kena berhenti buat sementara waktu untuk membawa watak sebagai ustaz.

“Biarpun selepas ni ada lagi lakonan saya sebagai ustaz tapi saya kena kurangkan watak-watak sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sampai nak pasang bodyguard”- Azhan Rani


Watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan mendapat perhatian penonton.

“Takut nanti orang menyampah tengok saya bawa watak yang sama dan nanti ada pula yang kata saya tak boleh bawa watak lain,” katanya kepada mStar Online.

Azhan ditemui ketika malam tayangan filem Kalla: Hidup Atau Mati di GCS Signature The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, lakonan Azhan sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam watak tersebut yang dianggap seperti penunggang agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *