Azri (AF9) ‘hilang’ selepas keluar penjara kerana malu badan semakin ‘besar’

Posted on

Azri memuat naik gambar terbaharunya di Instagram.

SEMENJAK dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara pada Mei lalu, bekas peserta Akademi Fantasia 9 (AF9), Azri dilihat menyepi daripada radar dunia hiburan termasuk di Instagram miliknya.

Pemilik nama sebenar Mohammad Azri Abdullah, 31, ini bagaimanapun pada Jumaat membuat kejutan apabila memuat naik gambar terkininya di laman sosial itu yang memperlihatkan berat badannya meningkat secara mendadak.

Jelas Azri pada kapsyen gambar itu, faktor fizikalnya menjadi penyebab kepada kehilangannya kerana berasa malu dengan perubahan pada diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti orang pukul… jangan pergi!” Ibu meraung Azri (AF9) dipenjara cederakan anak tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Azri (AF9) bebas, serik meringkuk dalam penjara

“Jarang kemas kini aktiviti di Instagram bukan tak nak update tapi malu dengan perubahan pada diri.

“Ye la semenjak berkahwin dan ada tanggungjawab pada anak-anak dan isteri masa untuk diri sendiri jarang dapat maka hari ini saya akan kemas kini perubahan pada diri… Ini keadaan diri saya sekarang,” tulisnya.

Sebelum ini, Azri didapati bersalah atas tuduhan mencelup kedua-dua tangan anak perempuan tirinya di dalam air panas sehingga menyebabkan kanak-kanak itu dimasukkan ke wad selama 19 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *