‘Baby boy’ anak keempat Lisdawati

Posted on

Lisda selamat melahirkan bayi lelaki.

PELAKON Lisdawati selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 10 malam di sebuah pusat perubatan pada Selasa.

Suaminya pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi memaklumkan bayi seberat 3.54 kilogram itu dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu Lisda menerusi laman sosial Instagramnya turut mengucapkan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

Lisda bersalin anak lelaki.

“Syukur Alhamdulillah atas doa semua,” katanya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *