Baek Sung Hyun dituduh memandu dalam keadaan mabuk

Posted on

Baek Sung Hyun berada di tempat duduk penumpang ketika kemalangan berlaku.

PELAKON Baek Sung Hyun menjelaskan bukan dia yang memandu kereta dalam keadaan mabuk sehingga berlaku kemalangan.

Menurut agensi pengurusannya, sidusHQ berkata pemandu kenderaan yang dinaiki Baek Sung Hyun yang ketika itu dalam keadaan mabuk.

“Selepas Baek Sung Hyun balik dari bertemu rakannya, dia telah terlibat dalam kemalangan. Tapi ketika itu Baek Sung Hyun berada di tempat duduk penumpang.

“Pemandu kereta itu yang mabuk bukannya Baek Sung Hyun seperti yang diperkatakan.

“Bagaimanapun, Baek Sung Hyun mengaku salah menaiki kenderaan tersebut,” kata wakil agensi menerusi laporan Soompi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *