BamBam jalani pemeriksaan kesihatan, peminat yang sakit!

Posted on

Kehadiran BamBam pada sesi pemilihan peserta latihan tentera menjadi perhatian peminat.

ANGGOTA kumpulan GOT7, BamBam menjadi tumpuan peminat apabila dia hadir pada sesi pemeriksaan kesihatan bagi pemilihan peserta latihan ketenteraan di negara kelahirannya, Thailand.

Koreaboo melaporkan, peminat semakin ‘menggila’ apabila BamBam membuka bajunya sehingga mendedahkan tubuh sasanya ketika beratur untuk menunggu gilirannya.

Menyedari dia menjadi perhatian, BamBam dilihat tersenyum malu dan menutup wajahnya apabila orang ramai yang menunggu di situ mula merakamkan gambarnya.

Gambarnya tidak berbaju mula tersebar di laman sosial dan peminat memuji bentuk tubuhnya.

“Mungkin BamBam yang jalani pemeriksaan kesihatan tetapi kami yang sakit!,” komen peminatnya.

BamBam.

BamBam yang menetap di Korea Selatan kembali ke Thailand bagi sesi ‘loteri’ pemilihan peserta latihan tentera selama dua tahun di negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *