Bapa Joe Flizzow meninggal dunia

Posted on

Bapa kepada Joe Flizzow, Ishak Nengah telah meninggal dunia pada Isnin.

PETALING JAYA: Bapa kepada penyanyi Joe Flizzow, Ishak Nengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.35 tengah hari, Isnin.

Menurut syarikat pengurusan Joe iaitu KARTEL Records, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan di SS 15, Subang Jaya dan akan disemadikan di Tanah perkuburan Islam MPSJ USJ 22  selepas solat Asar.

“Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

“Jenazah beliau akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan di SS 15, Subang Jaya dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat asar,” kata wakil agensi kepada mStar Online. 


Joe (tiga dari kiri) dan ahli keluarganya. Foto: Utusan.

Sehingga kini, mStar Online belum menerima sebarang kenyataan mengenai punca sebenar kematian Allahyarham.

Sebelum ini, Ishak Nengah, 65, dilaporkan menghidap penyakit Nasopharyngeal carcinoma (NPC) atau barah hidung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *