Bella Dally tidak la nak kongsi foto seksi sebegitu

Posted on

Bella jawab kekeliruan netizen. Foto Instagram @belladally

PELAKON Bella Dally berasa lucu dan geli hati apabila dimaklumkan oleh ibunya mengenai berita yang mempersoalkan cara dia berpakaian.

Menurut Bella, 27, dia hanya mampu tertawa dan menjelaskan dirinya masih mampu berfikir sebelum memuat naik sesuatu foto di laman sosial.

“Ibu hantar ini (paparan skrin sebuah artikel) pagi tadi, lepas itu saya tergelak.

Come on guys, awak fikir saya orang yang terlalu cuai dan sanggup post benda macam itu? Mestilah saya ada pakai inner top (pakaian dalam yang menutup tubuh),” katanya.

Perkongsian Bella di Instagram.

Bella menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan ada menulis artikel mengenai kekeliruan netizen tentang pemakaian Bella yang dilihat agak seksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *