Ben Ladin mohon maaf, sedar diri kurang tahu sejarah negara

Posted on

Ben akan lebih peka dan belajar perkara asas tentang kemerdekaan dan sejarah negara.

PENYANYI muda Ben Ladin memohon maaf atas kejahilan dan kurang ilmu pengetahuan mengenai perkara asas kemerdekaan dan sejarah negara.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 17, berkata selepas apa yang berlaku, dia akan belajar untuk menjadi rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik.

“Assalamualaikum semua, jadi beberapa hari lepas telah tular video temu bual Ben kerana gagal menjawab perkara-perkara asas tentang kemerdekaan dan kenegaraan.

“Ben ingin menyusun 10 jari meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Tiada alasan atas kejahilan dan kekurangan pengetahuan tentang perkara-perkara asas seperti ini.

“Jadi, lepas ini Ben harus belajar dan peka tentang perkara yang melibatkan sejarah dan patriotik, ” Kata Ben menerusi laman Instagramnya.

Ben membuat permohanan maaf secara terbuka di laman sosialnya.

Ben memuat naik video permohonan maaf itu selepas gagal menjawab soalan berkaitan kemerdekaan dan sejarah negara dalam satu temu bual dengan sebuah program hiburan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap penyanyi lagu Hikayat Ben Ladin itu yang kurang pengetahuan mengenai negara Malaysia.

Tambah Ben, dia mengakui kesilapan itu datang daripada dirinya sendiri dan bukan daripada mana-mana pihak atau individu.

Malah, dia berharap permohonan maafnya diterima seluruh rakyat Malaysia dan meminta agar mereka dapat memberi sokongan moral kepadanya.

“Kejahilan ini adalah kejahilan Ben sendiri. Jangan libatkan mana-mana pihak atau individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *