“Bencana di Indonesia bukan kerana dosa” – Yuka Kharisma kesal kenyataan pendakwah tempatan

Posted on

“Perjalanan ini masih jauh, tapi saya percaya masanya akan tiba. Contohnya sebelum ini saya tak pernah bayangkan untuk ada konsert, tapi akhirnya ia menjadi nyata biarpun saya keluarkan bajet sendiri.

“Muzik yang saya bawakan susah sikit untuk diterima, saya juga agak terkilan apabila radio tak nak mainkan lagu kerana pengikut saya tak ramai, sedangkan orang lain yang bersandarkan pada populariti sahaja, senang-senang diundang ke radio,” ujarnya lagi.

Yuka menggondol trofi Artis Baru Wanita Terbaik menerusi Anugerah Planet Muzik (APM) pada 2016.

Menurut Yuka, dia juga menganggap karya rakan senegaranya seperti lagu Tak Tun Tuang (Upiak) dan Bobo Di Mana (Lucinta Maya) lebih senang diterima kerana rentaknya yang catchy dan senang ditangkap halwa telinga.

“Pada saya, bukan nak cakap citarasa pendegar itu rendah, tapi lagu sebegitu lebih senang masuk, ditambah pula dengan kontroversi, maka ada cerita untuk dijual.

“Ia ibarat perbandingan antara mi segera dengan stik. Lagu yang diibaratkan seperti mi segara tu ‘kenyangnya’ sekejap sahaja berbanding stik yang berkualiti,” katanya lagi.

Selain Mati Rasa, pemenang trofi Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 itu turut dikenali dengan lagu Kecewa dan Hati Berbisik.

Tags / Kata Kunci: Yuka Kharisma , Mati Rasa

Mstar