Berbaloi korbankan waktu tidur, Daiyan Trisha graduan Anugerah Dekan!

Posted on

Daiyan tamatkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan keputusan yang baik.

PENYANYI Daiyan Trisha berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang pentadbiran perniagaan dengan baik biarpun tidak menghadiri kuliah selama sebulan.

Daiyan, 24, berkata dia mampu mendapat keputusan yang bagus dengan mengambil banyak subjek pelajaran dan mengorbankan waktu malamnya.

“Tak pergi kuliah sepanjang bulan (dengan izin) untuk penggambaran filem Busker. Saya siapkan tugasan kuliah pada waktu malam selepas selesai penggambaran.

“Jalani latihan perindustrian di Levi’s sementara jadi duta Levi’s, ambil enam,tujuh subjek dalam satu semester supaya saya dapat menamatkan pelajaran dengan cepat.

Daiyan kongsi pengalaman bekerja sambil belajar.

“Belajar di waktu malam untuk peperiksaan selepas seharian penuh dengan fotografi, tidur dalam kelas sebab jet-lagged balik dari kerja luar,” kata Daiyan.

Daiyan turut memuat naik foto dia berpakaian jubah konvokesyen di laman Instagramnya.

Pelakon drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia ini menamatkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Infrastructure University Kuala Lumpur.

Kata penyanyi lagu Langit ini, biarpun dia pernah hampir berputus asa, namun masih menyimpan cita-cita tinggi untuk skor A dalam setiap kelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *