Biak lipas didenda RM3,000

Posted on

KUALA LUMPUR: Pengurusan sebuah  restoran didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana gagal memastikan tahap kebersihan restoran itu sehingga menjadi tempat pembiakan lipas.

Restoran biak lipas didenda RM3,000

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Milenium Jutamas Sdn Bhd yang mengendalikan Restoran Boston Group, selepas  pengarah syarikat  itu Chang Chung Fei, 42, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu  gagal memastikan restoran berkenaan di  Viva Home, Jalan Loke Yew di sini bebas daripada makhluk perosak itu.

Mengikut fakta kes, pegawai kesihatan telah melakukan pemeriksaan kebersihan terhadap premis itu pada 12.30 tengahari  21 Jun tahun lepas di bawah Akta Makanan 1983  dan hasil  pemeriksaan  mendapati terdapat lipas seperti yang dilaporkan oleh pelanggan yang pernah berkunjung ke  situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *