“Bila masa saya nak kahwin?” – Ruhainies

Posted on

Ruhainies menafikan dirinya bakal berkahwin dalam masa terdekat. Foto Instagram @ruhainies7

PELAKON Ruhainies kesal dengan berita di sebuah portal hiburan yang mendakwa dia bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tidak lama lagi.

Menurut Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menamatkan zaman bujang.

“Saya rasa perlu untuk menjelaskan tentang tajuk dan cerita ini, saya tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan mengatakan bakal berkahwin dan lain-lain.

“Bila masa saya nak kahwin… I’m still a baby, don’t do this please,” tulisnya di laman Instagram pada Ahad.

Ruhainies berkongsi luahan tersebut di laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, laporan sebuah akhbar pada Jumaat, pelakon Cinta Lemon Madu mengakui sedang bercinta dengan usahawan yang kini menetap di London serta memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.

Bagaimanapun, mereka masih lagi dalam fasa perkenalan dan tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *