Bisnes makin berkembang, tapi Rosyam Nor mahu terus berlakon selagi ada permintaan

Posted on

Rosyam simpan impian untuk menjadi seorang jutawan di masa hadapan.

KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Rosyam Nor tidak akan bersara daripada dunia lakonan biarpun kini mengembangkan bidang perniagaannya menerusi pembukaan pasaraya ST Rosyam Mart.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 51, berkata dia akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selagi ada permintaan.

Malah, dia tidak mahu melupakan rezeki yang diperolehnya ketika bergelar pelakon memandangkan bidang itu adalah minatnya.

“Selama 36 tahun saya berlakon dan saya tidak akan berhenti berlakon. Rasanya kalau tak ada lakonan, saya tak akan jadi diri saya sekarang.

“Saya tidak akan lupakan dunia lakonan kerana itulah titik permulaan saya.

Rosyam tidak akan berhenti berlakon.

“Sebab saya memang minat berlakon. Saya akan teruskan berlakon selagi orang memerlukan khidmat saya sebagai pelakon,” katanya kepada mStar Online.

Rosyam ditemui ketika majlis SALE-A BRATION ST Rosyam Mart di  Pejabat Tingkat 1, Ruang Parkir, Dewan Sri Iskandar, Taman Setiawangsa pada Sabtu.

Tambah Rosyam, dia kini lebih menumpukan untuk menghasilkan filem berbanding drama yang memerlukan masa yang agak lama.

“Sekarang ini saya limitkan lakonan dan tumpu pada filem sahaja. Tiga filem lakonan saya sudah pun siap dan akan ditayangkan tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *