Black Hanafiah teruja bakal timang anak perempuan

Posted on

PENYANYI Black Hanifah menzahirkan rasa syukur dan lega apabila kandungan isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi sudah melepasi lapan bulan dan bakal melahirkan cahaya mata kedua itu dalam tempoh tiga minggu lagi.

Black mengakui bimbang sepanjang tempoh berkenaan berikutan isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali pada usia kandungan yang masih awal.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kandungan sudah melepasi lapan bulan kerana sebelum ini saya sentiasa bimbang kandungan tidak kuat. Sebelum ini dia pernah mengalami keguguran tiga kali,” ujarnya mStar Online.

Black, 32, berkahwin dengan Naquia pada 13 September 2013. Pasangan tersebut dianugerahkan anak lelaki bernama Khaleef Dayyan, yang kini berusia tiga tahun.

Pemilik nama sebenar Hanifah Md Hanafiah itu ditemui pada majlis pelancaran program Oh My Family! musim kedua pada Rabu.

Black bersama anak pertamanya Khaleef Dayyan.

Program yang bakal bersiaran pada 10 Oktober itu turut dibintangi oleh empat keluarga selebriti lain iaitu Nabil Ahmad, Sharifah Shahirah, Shuib dan pelakon Indonesia Ussy Sulistiawaty.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut berhasrat untuk merakam detik istimewa ketika isterinya melahirkan cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Anugerah Terindah ini berkata, ia hanya untuk simpanan peribadi semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *