'Bobo Dimana' teruk dikecam, Aliff Syukri terima tawaran nyanyi lagu nasyid

Posted on

Aliff mungkin mempertimbangkan tawaran menyanyikan lagu nasyid.

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia menerima beberapa tawaran menyanyikan lagu berbentuk kerohanian.

Aliff, 30, berkata ramai pengguna laman sosial memintanya bersetuju dan mengambil peluang tersebut.

“Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Trending No.1 tapi Bobo Dimana dapat lebih 100,000 tanda ‘tidak suka’!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen buat laporan mahu Youtube lenyapkan lagu ‘Bobo Dimana’ Aliff Syukri, Sajat

“Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja.

“Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aliff Syukri menerima kritikan hebat netizen kerana lagu Bobo Dimana yang dianggap tidak sopan dan memaparkan unsur lucah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *