Bront Palarae hairan promosi One Two Jaga kena maki netizen

Posted on

Bront berasa hairan apabila promosi filem One Two Jaga dipertikaikan netizen.

PELAKON Bront Palarae hairan apabila ada netizen tidak puas hati apabila filem One Two Jaga mendapat perhatian di laman sosial.

Bront, 40, berkata sedemikian selepas menerima komen pemilik akaun Twitter bernama Muhd Syazwan yang mempertikaikan terlalu banyak promosi terhdap filem tersebut.

“Bila tak riuh kata marketing, bila orang banyak bercakap kena maki pula,” tulis Bront.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas ni saya buat filem lucah, mungkin itu rakyat Malaysia mahu” – Namron


Individu tersebut telah memadam status negatif mengenai promosi filem One Two Jaga.

Individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila laman Twitter dipenuhi dengan promosi filem arahan pelakon Namron itu.

“Semak ba** la TL (timeline) penuh dengan OneTwoJaga pala ba** apa ni,” katanya.

Bagaimanapun, status yang dimuat naik individu tersebut telah dipadam selepas menerima kecaman netizen yang mempersoalkan tindakannya itu.

Sebelum ini, pengarah filem itu turut meluahkan rasa kecewa dengan sambutan hambar terhadap filem tersebut yang mula ditayangkan pada Khamis lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *